Wednesday, April 29, 2009

Rahsia handset untuk kcemasan..

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) .

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Nasihat penulis:
Pakai nokia 3310..lagi jimat..hehe

Eiffel 65

Sapa yang penah/sedang/memang minat lagu berunsur trance atau dance akan kenal kumpulan ni, Eiffel 65..Aku pun suka jugak dengar lagu Eiffel 65 ni seperti yang selalu kuar kat radio suatu masa dulu sampai sekarang. Tak silap tahun 1999 dah ada dah group ni.

Antara yang popular ialah Blue dan Back in time. Walaupun lirik tu ntah apa2 tapi musicnya membuat adrenalin kita sentiasa dirembes. Sekaligus membuat kita sentiasa alert dan cepat peka terhadap sesuatu,kalau ngantuk tu bleh la dengar, dan amat membantu kita berfikir dengan cepat.
Dengan itu dapat dipertikaikan lagu berunsur dance atau techno ni tak elok didengar, laptop aku sendiri berlambak lagu yang "sewaktu" dengannya.
Tapi nasyid tetap jadi pilihan masa belajar.Hehe.

Jika anda mahu ketahui penyanyi yang terkenal ialah seperti
(apa yang aku selalu dengar)
  1. Aqua
  2. Toybox
  3. Dr alban
  4. Vengaboy
  5. Cascada
  6. Eiffel 65
  7. Dr bombay@Macdoo
  8. Crazy frog
  9. Vanessa Mea..versi remix
  10. Crispy
  11. Smile.dk
  12. A*teen
  13. Banyak lagi..
Nak layan genre apapun tak kisah asal kita tak terlalu hanyut sampai memuja,macam "black metal" contohnya. Rosak akal..hmm.

UTM guna logo baru.. Cantik dan jelas.